ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 29. Prosedur bila penyampaian ke diri tidak dapat dilaksanakan.

Jika penyampaian saman itu tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 28 (4) setelah usaha wajar dijalankan, pegawai penyampai itu hendaklah menampalkan satu salinan saman itu di suatu bahagian yang mudah dilihat di rumah itu atau di mana-mana tempat lain yang orang yang disaman itu pada lazimnya tinggal, dan dalam hal sedemikian, saman itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.