ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 16. Bilakah kewujudan perjalanan urusan menjadi qarinah

Apabila terdapat soal sama ada suatu perbuatan tertentu telah dilakukan, kewujudan apa-apa perjalanan urusan, yang menurut kelazimannya perbuatan itu pasti telah dilakukan, ialah qarinah .

MISALAN

(a) Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah dihantar.

Fakta bahawa menjadi perjalanan biasa urusan bagi segala surat yang diletakkan di suatu tempat tertentu dibawa ke pejabat pos, dan bahawa surat tertentu itu telah diletakkan di tempat itu, ialah qarinah.

(b) Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada A.

Fakta bahawa surat itu telah diposkan mengikut amalan biasa dan telah tidak dikembalikan melalui Pejabat Surat Tak Sampai ialah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.