ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 160. Mendirikan masjid dan jumaat tidak mengikut Enakmen ini.


(1) Mana-mana orang melanggar seksyen 126 adalah melakukan satu kesalahan.

(2) Fardhu Jumaat tidak boleh didirikan di mana-mana dalam Negeri dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.

(3) Sesiapa yang melanggar seksyen-kecil (1) dan (2) bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.