ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VI - TAKSIRAN DAN RAYUAN
BAB II - RAYUAN



Seksyen 48. Penyelesaian rayuan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Setiausaha boleh mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas pada bila-bila masa jika dia berpendapat bahawa tidak ada harapan yang munasabah untuk mencapai persetujuan dengan perayu mengikut seksyen 47(2) berkenaan dengan rayuan itu dan jika seksyen 47(3) dan (4) adalah tidak terpakai; dan, jika dia mengemukakan rayuan di bawah subseksyen ini, dia hendaklah memberi notis bertulis kepada perayu menyatakan bahawa dia telah berbuat demikian.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika perayu telah mematuhi dengan sedaya upayanya segala kehendak (jika ada) Setiausaha di bawah seksyen 47 (1), dia boleh selepas tamatnya tempoh enam bulan bermula dengan pemberian notis rayuan itu meminta Setiausaha secara bertulis supaya mengemukakan rayuan itu kepada Pesuruhjaya Khas, dan Setiausaha hendaklah mengemukakannya dengan sewajarnya dalam masa tiga bulan selepas menerima permintaan seperti itu.

(3) Tiada rayuan boleh dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas jika Setiausaha dan perayu telah mencapai atau disifatkan telah mencapai suatu persetujuan berkenaan dengannya itu mengikut seksyen 47(2), (3) atau (4).

(4) Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas menurut seksyen ini, maka rayuan itu hendaklah dikemukakan mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa dan diperuntukan ini hendaklah mempunyai kuatkuasa bagi mengawal pendengaran dan pemutusan rayuan itu ataupun sebagaimana yang diperuntukkan di dalamnya.

(5) Jika suatu rayuan telah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Khas menurut seksyen ini-

(6) Jika Setiausaha dan perayu mencapai persetujuan di bawah subseksyen (5)(a), Setiausaha hendaklah, dan perayu boleh, menghantar senaskah benar persetujuan itu kepada Pesuruhjaya Khas.

(7) Jika Pesuruhjaya Khas berpuas hati bahawa Setiausaha dan perayu telah mencapai persetujuan di bawah subseksyen (5)(a)berkenaan dengan taksiran yang dimaksudkan oleh rayuan itu -

(8) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa perayu telah menarik balik rayuannya di bawah subseksyen (5)(b)-

(9) Dalam seksyen ini "rayuan" ertinya rayuan terhadap sesuatu taksiran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.