ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN II-MAJLIS



Seksyen 4. Penubuhan Majlis

(1) Maka hendaklah ada suatu badan bernama "Majlis Agama Islam dan Adat lstiadat Melayu Perlis" untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuatkuasa, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum Bahagian ini mula berkuatkuasa adalah terletakhak atau dipertanggungkan pada Majlis terdahulu hendaklah apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa terletakhak dan dipertanggungkan pada MajIis, kecuali mana-mana yang tidak selaras dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Segala jenis harta, alih dan tak alih, yang sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa, adalah terletakhak pada MajIis terdahulu hendaklah, apabila Bahagian ini mula berkuatkuasa, terletakhak pada Majlis tanpa dipindahkan, diserahhakkan atau dipindahmilikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.