ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Mal



Seksyen 50. Notis apil.

(1) Apil kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah dibuat dengan memasukkan notis apil dalam borang yang ditetapkan.

(2) Pihak yang membuat apil boleh membuat apil terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian keputusan, dan notis apil hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, daripada keputusan itu yang dia tidak puas hati.

(3) Notis apil hendaklah dimasukkan dalam masa empat belas hari daripada tarikh keputusan itu diumumkan; dan Mahkamah yang keputusannya diapil hendaklah selepas itu membekalkan kepada pihak yang membuat apil, setelah dijelaskan fee yang ditetapkan, satu salinan yang sah keputusan atau, jika tiada keputusan bertulis dibuat, satu jalinan yang sah alasan-alasan keputusan.

(4) Apabila salinan yang sah itu siap, Mahkamah yang keputusannya diapil hendaklah memberitahu pihak yang membuat apil berkenaan dengannya.

(5) Dalam tempoh empat beIas hari daripada tarikh diterima pemberitahu yang tersebut dalam subseksyen (4), pihak yang membuat apil hendaklah, kecuali di atas sebab-sebab yang mencukupi Mahkamah yang keputusannya diapil memerintah sebaliknya-

(6) Notis apil hendaklah diserahkan oleh yang membuat apil ke atas semua pihak yang terlibat dengan apil itu atau ke atas peguam masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.