ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini---

"Negeri" ertinya Negeri Selangor;

"Orang belum dewasa" ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

"Pegawai bertauliah" ertinya pegawai awam yang bertauliah di bawah Seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini;

"terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah, bahan rakaman bunyi, filem wayang gambar dan apa-apa bahan lain untuk dibaca, dilihat atau didengar walau bagaimana cara pun dihasilkan;

"ugama bukan Islam" ertinya ugama Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ugama tersebut dan termasuklah apa-apa pegangan, ideoloji, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian---
iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh ugama Islam sebagai berunsur Islam.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai ugama bukan Islam jika ia di dianggap oleh penganut atau anggota ugama itu sebagai suatu buku suci atau buku asas atau salah satu daripada teks-teks penting ugama itu (selepas ini dirujuk sebagai "buku asas ugama") atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang---
(3) Walaupun sesuatu terbitan itu adalah terbitan mengenai ugama bukan Islam dengan sebab ia termasuk di bawah seksyen kecil (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah untuk kepentingan umat Islam atau ugama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.