ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab X - DARIHAL PEMBICARAAN



Seksyen 102. Butir-butir yang hendak direkodkan.

(1) Dalam pembicaraan di bawah Bab ini Mahkamah hendaklah menyimpan rekod berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan ianya disiapkan satu kertas pertuduhan mengikut borang seperti yang ditetapkan dan, jika semua butir-butir yang mustahak tidak dapat dimasukkan dengan mudah dalam borang itu, maka hendaklah ditulis pada beberapa kertas lampiran yang perlu dan dikembarkan kepadanya.

(2) Butir-butir yang mesti dimasukkan dalam rekod-rekod itu hendaklah mengandungi-
(3) Rekod ini hendaklah disahkan dengan tandatangan Pegawai Mahkamah yang mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.