ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 38. Perlantikan Hakim-hakim Syarie.

(1) Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis.

(2) Sebelum mengemukakan nasihatnya mengenai perlantikan seseorang Hakim Syarie, selain daripada Ketua Hakim Syarie, Majlis hendaklah merujuk kepada Ketua Hakim Syarie.

(3) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(4) Bagi maksud subseksyen (3) seseorang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini telah pun beramali sebagai peguambela di Mahkamah Syariah hendaklah dianggap sebagai Peguam Syarie dan seseorang yang telah berkhidmat sebagai Kadhi atau Pendakwa di Mahkamah Syariah hendaklah dianggap sebagai anggota Mahkamah Syariah.

(5) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah diwartakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.