ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 11. Cara menangkap.


(1) Apabila Penyelia Ugama atau orang lain hendak menangkap orang dia hendaklah dengan sesungguhnya memegang atau menahan badan orang yang hendak diitangkap itu, melainkan jika orang itu menyerahkan dirinya baik dengan percakapan ataupun tingkah lakunya.

(2) Jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan itu, maka pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Seksyen ini tiadalah sekali-kali memberi hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.