ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMPASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 126. Penafian ke atas saksi.

Apabila defendan atau tertuduh telah menafikan (ta'in) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerima keterangan, Hakim hendaklah memintanya memberi keterangan.

Huraian-Apabila defendan atau tertuduh membuktikan apa yang ia kata dengan keterangan, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika defendan atau tertuduh gagal membuktikan apa yang ia kata, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika ia belum berbuat demikian dan memberi keputusan mengikut keterangannya jika ia telah membuat pemeriksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.