ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang pada pendapat Majlis adalah sesuai untuk menjalankan dan dipertanggungjawabkan dengan, bertindak dan menguruskan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Apabila Majlis menubuhkan suatu perbadanan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang sama atau perintah yang lain membuat peruntukan berhubung dengan perbadanan itu yang menetapkan
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.