ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis-premis.

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Agama Islam atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa dengan sempurna secara bertulis oleh Majlis boleh pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis sesuatu Sekolah Agama Islam bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau secara lain untuk memastikan bahawa sekolah itu ditadbirkan dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.