ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 158. Hasil jualan dibahagi secara kadar kepada si berhutang hukuman.

(1) Apabila sesuatu aset dihasilkan melalui penjualan atau sebaliknya semasa melaksanakan sesuatu perintah atau hukuman dan lebih dari seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang darinya aset itu telah dihasilkan tetapi belum mendapat penyelesaian dari aset itu, setelah dipotong kos penghasilannya hendaklah dibahagi atas kadar di antara orang-orang itu dengan syarat-syarat berikut-
(2) Jika semua ataupun mana-mana aset yang telah dibahagikan secara kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seorang yang tidak berhak menerimanya, seseorang yang berhak boleh menuntut daripada orang itu supaya mengembalikan aset itu.

(3) Tiadalah apa-apa di dalam seksyen ini boleh membasmi atau menangguhkan tuntutan di bawah undang-undang bertulis lain yang diberi keutamaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.