ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN V - NAFKAH TANGGUNGAN



Seksyen 92. Permohonan dari isteri-isteri.


(1) Seorang perempuan boleh dengan permintaannya di dalam Mahkamah mendapatkan satu perintah ke atas suaminya untuk bayaran daripada satu masa ke satu masa sebanyak mana wang berupa nafkah yang ia berhak menerimanya mengikut Hukum Syara'.

(2) Seseorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya boleh dengan permintaannya di Mahkamah mendapatkan perintah ke atas suaminya itu kerana bayaran di dalam idahnya, jikalau cerai itu dengan talak satu atau dua, ataupun di dalam tempoh si isteri itu mengandung oleh suaminya itu sebanyak mana nafkah yang ia berhak menerimanya mengikut Hukum Syara' dan apa-apa lagi perbelanjaan yang patut dan manasabah.

(3) Seorang perempuan atau lelaki yang telah bercerai dengan suami atau isterinya boleh dengan permintaannya di Mahkamah mendapat perintah terhadap suaminya atau isterinya mengenai pembahagian harta sepencarian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.