ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 15. Bidangkuasa rayuan.

(1) Tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal perjalanan dan aturcara bagaimana rayuan boleh dibuat, Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan terhadap mana-mana keputusan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana Mahkamah Kadi.

(2) Selain daripada kuasa yang diberi kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah Rayuan hendaklah juga berkuasa jika didapati diperlukan oleh kepentingan keadilan mendengar dan memutuskan mana-mana rayuan terhadap mana-mana keputusan atau perintah yang telah dibuat dengan tidak sahnya di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.