ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN VII - ORANG MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 74. Sijil Pemelukan ke Agama Islam.

(1) Pendaftar Muallaf hendaklah menyerahkan kepada setiap orang yang pemelukannya ke Agama Islam telah pun didaftarkan dalam Daftar Muallaf suatu Sijil Pemelukan ke Agama Islam dalam borang yang ditetapkan.

(2) Sijil Pemelukan ke Agama Islam untuk kanak-kanak yang memeluk Agama Islam hendaklah diberikan kepada keluarganya yang telah pun memeluk Agama Islam atau jika kedua-dua ibu bapanya telah memeluk Agama Islam, sijil tersebut diserahkan kepada bapanya.

(3) Sijil Pemelukan ke Agama Islam hendaklah menjadi bukti muktamad akan hal yang terkandung di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.