ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN X - PELBAGAI



Seksyen 78. Pengesahan notis-notis dan dokumen-dokumen.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap notis atau lain-lain dokumen yang dikeluarkan, disampaikan atau diberikan bagi maksud-maksud Enakmen ini oleh Setiausaha atau pegawai berkuasa hendaklah disahkan secukupnya kiranya nama dan jawatan Setiausaha dicetak, dicapkan atau selainnya ditulis di atasnya.

(2) Jika Enakmen ini memperuntukkan yang suatu notis, perakuan atau lain-lain dokumen hendaklah ditandatangani oleh mana-mana pegawai, maka notis perakuan atau dokumen itu hendaklah ditandatangani dalam tulisan manuskrip oleh pegawai itu.

(3) Suatu notis, perakuan atau lain-lain dokumen yang dikeluarkan, dibuat, disampaikan atau diberikan bagi maksud-maksud Enakmen ini dan berupa sebagai ditandatangani dalam tulisan manuskrip oleh Setiausaha atau pegawai berkuasa hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah ditandatangani sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.