ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 4 - Keterangan Lisan



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara terus.

(1) Keterangan lisan hendaklah dalam segala hal apa pun diberi secara terus iaitu-
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan di dalam buku ilmiah yang biasanya ada dijual dan alasan bagi memegang pendapat itu bolehlah dibuktikan dengan menunjukkan buku ilmiah itu.

(3) Jika keterangan lisan menyatakan wujudnya atau keadaan sesuatu benda yang lain daripada dokumen, maka mahkamah boleh, jika difikirkan patut, menghendaki benda itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.