ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 80. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.
Kecuali-
(
a
) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama apa-apa tempoh yang lebih singkat;
(
b
) jika mana-mana perintah itu telah dibatalkan; atau
(
c
) jika mana-mana perintah itu dibuat untuk-
(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab hilang upaya dari segi mental atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau
(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab hilang upaya dari segi mental atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh mana-mana orang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pendidikan atau latihan lanjut atau lebih tinggi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.