ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN V - JAMINAN DAN KAWALAN TERHADAP AGAMA ISLAM



Seksyen 91. Pengajaran Agama Islam hendaklah dengan tauliah.

(1) Kecuali mengajar membaca al-Quran, tiada sesiapapun boleh mengajar atau memberi penerangan mengenai ajaran Agama Islam kepada orang lain dari ahli rumahnya sendiri, tanpa tauliah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

(2) Seseorang yang diberi tauliah mengajar atau memberi penerangan Agama Islam hendaklah patuh kepada apa-apa syarat dan arahan Majlis berhubung dengan perkara itu dan Majlis boleh, pada bila-bila masa menggantung, menarik atau membatalkan tauliah tersebut.

(3) Majlis, dengan kelulusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, boleh membuat kaedah bagi aturcara, keperluan dan lain-lain berkenaan pemberian tauliah di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.