ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - Mempastikan Kebenaran Keterangan Saksi



Seksyen 126. Penafian ke atas saksi.

Apabila pihak yang dituntut atau yang didakwa telah menafikan (ta'n) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerimaan keterangan, mahkamah hendaklah memintanya memberi keterangan.

Huraian
- Apabila pihak yang kena tuntut atau yang didakwa membuktikan apa yang ia kata dengan keterangannya, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika pihak kena tuntut atau yang didakwa gagal membuktikan apa yang ia kata, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika ia belum berbuat demikian dan memberi keputusan berdasarkan keterangan-saksi jika ia telah membuat pemeriksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.