ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN



Seksyen 20. Tempat perkahwinan.

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah Masjid di mana pihak perempuan bermastautim, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 16 atau 17 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Sabah atau dalam mana-mana Negeri.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah Masjid yang lain daripada kawasan di mana pihak perempuan bermastautin jika-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.