ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - HUKUMAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 128. Pesalah remaja.

(1) Apabila mana-mana pesalah remaja disabitkan oleh mana-mana Mahkamah untuk apa-apa kesalahan yang dapat dihukum dengan denda atau pemenjaraan, Mahkamah itu hendaklah sebagai ganti untuk hukuman penjara kerana ingkar membayar denda atau menjatuhkan hukuman penjara-
(2) Mahkamah di mana pesalah remaja itu disabitkan bolehlah, sebagai tambahan atau sebagai ganti kepada menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan di dalam seksyen ini, mengenakan denda ke atas ibu bapa atau penjaganya yang tidak melebihi dua ratus ringgit bagi mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu bapa atau penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk menjaga dengan sewajarnya atau sebaliknya, telah menyebabkan pesalah itu melakukan salah laku: Dengan syarat bahawa ibu bapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk didengar dan, jika dia inginkan, memberikan keterangan dalam pembelaanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.