ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 51. Perceraian secara li'an.

(1) Apabila suami kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie dan apabila disabitkan, Hakim itu hendaklah menghukum mereka fasakh dan berpisah selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai secara li'an dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.