ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN



Seksyen 64. Anggapan tentang Warta-warta akhbar-akhbar dsb.nya.

Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap suratan yang berupa sebagai Warta Kerajaan Malaysia atau Warta Kerajaan Negeri atau sebagai akhbar, jernal atau majalah dan tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suratan yang diarah oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika suratan itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.