ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN III - MAWQUF-ALAIH



Seksyen 11. Ketiadaan mawquf-alaih.

(1) Jika, dalam suatu wakaf-

wakaf itu hendaklah menjadi wakaf am melalui pemberitahuan oleh Majlis dalam Warta.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), mana-mana mawquf-alaih yang wakafnya telah diwartakan oleh Majlis sebagai wakaf am di bawah subseksyen (1)(c) boleh memohon satu perintah Mahkamah untuk menjadikan wakaf tersebut sebagai wakaf khas semula.

(3) Mawquf-alaih tidak berhak ke atas apa-apa manfaat atau faedah mawquf itu sebelum satu perintah di bawah subseksyen (2) dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.