ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Prosiding Mal



Seksyen 129. Hukuman.

(1) Tiap-tiap hukuman Mahkamah hendaklah, selepas diberi, dibuat secara bertulis, diberi tarikh, ditandatangani, dan dimeteraikan, dan hendaklah disimpan bersama-sama dengan rekod.

(2) Mana-mana pihak adalah berhak mendapatkan satu salinan yang sah hukuman itu dengan membayar fee yang ditentukan.

(3) Tandatangan hukuman di bawah subseksyen (1) hendaklah dilakukan oleh Qadi Besar, Timbalan Qadi Besar, atau Qadi yang membicarakan, atau oleh Pendaftar bagi Mahkamah yang berkenaan.

(4) Sesuatu hukuman boleh menetapkan hak-hak pihak-pihak atau boleh memerintahkan mana-mana pihak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, termasuklah pembayaran wang, atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.