ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 84. Pertukaran nama Mahkamah Kadi.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini, Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 37 Enakmen ini.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa Enakmen ini adalah Kadi hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.