ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 171. Mempersenda-sendakan Upacara Islam.

Barangsiapa mengolok-olok atau mengajuk atau mengejek-ejek dengan perkataan atau pebuatan akan amalan atau upacara yang berkaitan dengan Igama Islam adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.