ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Peruntukan Am



Seksyen 63. Surat-surat akuan pesaka.

(1) Dalam mana-mana prosiding bersabit dengan pentadbiran atau pembahagian pesaka seorang yang beragama Islam yang telah meninggal dunia, mana-mana mahkamah sivil yang mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam pesaka itu atau bahagian masing-masing yang orang-orang itu berhak mendapat bolehlah meminta Qadi Besar atau Timbalan Qadi Besar supaya memperakukan, atas fakta-fakta yang dikemukakan oleh mahkamah itu, akan pendapatnya berkenaan dengan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam pesaka itu dan bahagian-bahagian yang mereka itu berhak mendapat.

(2) Qadi Besar atau Timbalan Qadi Besar bolehlah, atas permohonan seseorang yang menuntut sebagai benefisiari dan setelah dia menjelaskan fee yang ditetapkan, memperakukan sedemikian jua akan pendapatnya atas fakta-fakta yang dikemukakan itu dan bolehlah dalam mana-mana hal, sebelum memperakukan pendapatnya itu, menghendaki untuk mendengar pihak-pihak yang berkenaan atas mana-mana soalan yang berhubung dengan undang-undang, tetapi tidaklah boleh mendengar keterangan atau membuat pendapat atas mana-mana soalan yang berhubung dengan fakta.

(3) Dalam mana-mana hal yang istimewa rumitnya Qadi Besar atau Timbalan Qadi Besar bolehlah merujuk persoalan itu kepada Mufti untuk memperolehi pendapatnya, dan hendaklah, jika Mufti memberi pendapatnya, memperakukan menurutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.