ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK
Seksyen 18. Mempengerusikan mesyuarat.
(1) Yang Dipertua hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.
(2) Jika Yang Dipertua tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.