ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM SYARIE



Seksyen 73. Penangguhan pengeluaran proses.

Jika Hakim Syarie ada keraguan munasabah tentang kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan yang dia berkuasa mengambil tahu dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan sebab dia meragui kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama supaya membuat siasatan bagi maksud memastikan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.