BAHAGIAN II - PERKAHWINAN Permulaan kepada perkahwinan
(5) Satu salinan permohonan dibawah seksyen-kecil (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh seksyen-kecil itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.
(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puashati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.
(7) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan seksyen-kecil (1) hendaklah membayar dengan serta merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.
(8) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Selangor di bawah Enakmen ini.