ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
KENYATAAN OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK BOLEH DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI



Seksyen 21. Perkaitan keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam pembicaraan yang terkemudian tentang kebenaran nyataan yang tersebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu pembicaraan kehakiman, di hadapan seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang mengambil keterangan itu adalah berkaitan dalam suatu pembicaraan kehakiman yang kemudian atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam pembicaraan kehakiman itu juga bagi maksud membuktikan kebenaran nyataan yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berdaya memberi keterangan atau dihalang memberi keterangan oleh pihak lawannya, ataupun kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang, pada pendapat Mahkamah, tidak berpatutan, memandang kepada keadaan hal itu :

Dengan Syarat
-
Huraian-

Sesuatu pembicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai sah pembicaraan di antara pendakwa dengan orang yang dituduh dalam erti seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.