ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 102. Syarat-syarat bagi pengakuan sah.
Apabila seorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata, atau tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu dalam hal keadaan yang berikut- .
(i) tiada seorang lain dianggapkan sebagai bapa anak itu;
(ii) perbezaan umur lelaki yang mengaku itu dengan umur anak itu menasabah menunjukkan pertalian mereka sebagai bapa dan anak;
(iii) jika anak itu baligh dan boleh membuat keputusannya sendiri, anak itu hendaklah mempersetujui bahawa ia diakui sebagai anaknya;
(iv) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh bersetubuh dengan sah dalam pernikahan pada masa pembenihan;
(v) pengakuan itu hanya untuk mengakui anak sebagai anak sahtarafnya;
(vi) pengaku itu berkelayakan di sisi Hukum Syarak untuk membuat perisytiharan itu; dan
(vii) pengakuan itu jelas maksudnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.