ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KEWANGAN



Seksyen 74. Akaun bank.

(1) Majlis boleh mengurus dan mengendalikan akaun atau akaun-akaun untuk Baitulmal sebagaimana yang didapatinya patut dengan mana-mana bank yang sesuai.

(2) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis berkenaan dengan Baitulmal hendaklah dibayar masuk ke dalam akaun bank MajIis sama ada sebagai simpanan tetap atau akaun semasa.

(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis bagi maksud itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.