ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 80. Bila cara melakukan kesalahan itu mesti dinyatakan.

Apabila jenis kes itu berkeadaan bahawa butir-butir seperti yang tersebut di dalam kedua-dua seksyen terdahulu daripada ini tidak memberi pengertian yang mencukupi epada orang yang dituduh mengenai perkara yang dia dipertuduhkan, maka pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi butir-butir berkenaan dengan cara mana kesalahan itu dilakukan setakat yang mencukupi bagi tujuan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.