ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH JENAYAH DALAM PERBICARAAN



Seksyen 66. Tertuduh boleh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau akibatnya terjadi.

Apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang telah dilakukan dan atas apa-apa akibat yang telah terjadi, kesalahan itu boleh dibicarakan oleh suatu Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya apa-apa perkara itu telah dilakukan atau apa-apa akibat itu telah terjadi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.