ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
WAKAF



Seksyen 49. Kumpulanwang.

(1) Bagi maksud Enakmen ini, satu kumpulanwang hendaklah diadakan oleh Majlis dengan nama "Kumpulanwang Amanah Wakaf" (kemudian daripada ini disebutkan sebagai "Kumpulanwang") yang dikelola oleh Majlis.

(2) Semua wang yang diterima oleh Majlis bagi Kumpulanwang hendaklah disimpan dengan selamatnya mengikut cara-cara yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor.

(3) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Kumpulanwang adalah di bawah jagaan dan kawalan Majlis, dan hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.