ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 238. Memanjangkan atau memendekkan masa.

(1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang mana seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana­mana prosiding.

(2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan perlanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.