ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVII - AM



Seksyen 197. Kuasa Mahkamah memanggil dan memeriksa seseorang.

Mana-mana Mahkamah boleh di mana-mana peringkat pembicaraan atau tindakan lain di bawah Enakmen ini memanggil seseorang sebagai saksi atau memeriksa seseorang yang hadir sungguhpun dia tidak dipanggil sebagai saksi atau memanggil semula dan memeriksa seseorang yang telah diperiksa dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana saksi jika keterangannya didapati perlu demi keadilan untuk keputusan kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.