ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 82. Kesan perintah tahanan pendapatan-tenaga.
(1) Apabila suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat, semua perbicaraan lain bagi menguatkuasakan perintah nafkah yang berkaitan yang bermula sebelum perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat hendaklah digantung.
(2) Mahkamah yang olehnya suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat boleh, jika difikirkannya patut, atas permohonan pihak kena tuntut atau seseorang yang berhak menerima pembayaran-pembayaran di bawah perintah nafkah yang berkaitan, membuat suatu perintah melepaskan atau mengubah perintah tahanan pendapatan-tenaga itu.
(3) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga adalah terhenti daripada berkuatkuasa-
(
a
) apabila dikeluarkan suatu waran mengarahkan supaya wang yang kena dibayar di bawah perintah nafkah yang berkaitan itu hendaklah didapatkan mengikut cara yang dibuat oleh undang-undang bagi mendapatkan denda;
(
b
) apabila suatu perintah dibuat menghukum pihak kena tuntut itu supaya dipenjara kerana tidak mematuhi perintah nafkah yang berkaitan itu; dan
(
c)
apabila dibatalkan perintah nafkah yang berkaitan itu;
dan jika suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga terhenti daripada berkuatkuasa sebagaimana yang tersebut di atas Mahkamah yang membuat perintah itu hendaklah memberi notis kehentian itu kepada orang yang baginya perintah itu telah diarahkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.