ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 56. Penerimaan salinan diperakui akan maklumat sebagai keterangan.

Dalam mana-mana prosiding di bawah Ordinan ini, suatu salinan mana-mana catatan berhubungan dengan sesuatu maklumat yang diubah ke dalam bentuk bertulis di bawah seksyen 54 dan yang berupa diperakui sebagai salinan yang benar oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan bagi kandungan maklumat asal itu dan bagi waktu, tempat dan cara maklumat itu telah direkodkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.