ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006
BAHAGIAN X-PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 119. Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah
(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa
tauliah
yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-
(a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini; atau
(b) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.