ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 191. Anggapan.

Jika mana-mana orang gaji kepada seseorang telah menjual apa-apa benda berlawanan dengan seksyen 189 atau 190, maka majikannya itu hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan itu dan telah menyebabkan kesalahan itu berlaku oleh kerana persubahatan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh orang gaji itu bukan dengan kebenarannya, pengetahuannya, atau keizinannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.