ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
JADUAL KEDUA
(Seksyen 213)
ELAUN SAKSI
Kategori saksi
Jumlah maksimum sehari
1. Orang profesional, kakitangan Kerajaan, Pengarah dan Pengurus Badan Berkanun dan orang yang mendapat gaji atau pendapatan melebihi $1,000 sebulan.
$50.00
2. Orang yang mendapat gaji atau pendapatan melebihi $250, tetapi tidak melebihi $1,000 sebulan.
$25.00
3. Lain-lain.
$10.00
Nota
(a) Sekiranya seorang saksi perlu menginap di tempat selain daripada tempat kediamannya dia boleh menuntut elaun penginapan dan saraan mengikut budi bicara Mahkamah.
(b) Dalam menentukan jumlah yang patut dibayar kepada seseorang saksi di dalam ruangan di atas, Mahkamah hendaklah menentukan berapa lama seorang saksi itu sebenarnya perlu berada di luar tempat pekerjaan biasanya.
(c) Sesuatu perjalanan di antara dua tempat hendaklah dilakukan dengan mengambil jalan yang pendek atau yang murah. Jika sesuatu tempat itu ada perkhidmatan keretapi, maka perkhidmatan itu hendaklah digunakan. Peruntukan ini hendaklah juga dipakai bagi seorang saksi kakitangan Kerajaan.
(d) Seorang saksi profesional dibayar lebih dari apa yang ditentukan di atas dengan syarat dia mendapat satu perakuan dari Mahkamah bahawa keterangannya adalah luar biasa.
(e) Mahkamah boleh juga menentukan elaun mana-mana saksi yang tidak termasuk dalam golongan yang tersebut di atas mengikut budi bicaranya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.