ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 24. Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta'liq.

(1) Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu.

(2) Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan ta'liq dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.