ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 57. Kuasa menghendaki kehadiran saksi-saksi.


(1) Seseorang Penyelia Ugama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada dalam kawasan jajahan di mana dia membuat sesuatu penyiasatan daripada maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir sebagaimana dikehendaki:

Dengan syarat bahawa tidaklah boleh seseorang itu dikehendaki di bawah seksyen ini membuat perjalanan lebih daripada tujuh batu dari tempat kediamannya yang biasa tidak termasuk apa-apa bahagian perjalanan ini yang boleh dibuat dengan keretapi atau motokar atau kenderaan lain.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian itu Penyelia Ugama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada sorang Qadhi dan kemudiannya Qadhi boleh menurut budibicaranya megeluarkan sesuatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.