ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENDAPAT ORANG KETIGA RELEVAN



Seksyen 38. Bila pendapat atas pertalian adalah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang pertalian seseorang dengan seorang lain, pendapat-pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang adanya pertalian sedemikian oleh seseorang yang, sebagai ahli keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara istimewa bagi mengetahui perkara itu, adalah suatu qarinah.

MISALAN

(a)
Soalnya ialah sama ada A. dan B. telah berkahwin.

Fakta bahawa mereka telah biasanya diterima dan disifatkan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri adalah
qarinah.

(b)
Soalnya ialah sama ada A. adalah anak B. yang sah.

Fakta bahawa A. telah sentiasa disifatkan sedemikian itu oleh keluarganya adalah
qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.